17 January 2011

kereta untuk aku kah itu?? #1

Baru sahaja sampai ke kampung halaman, aku terus melabuhkan diri aku di sofa keagungan keluarga aku. Sudah lebih 30 tahun sofa ini digunakan namun tiada tanda-tanda untuk sofa ini rosak. Biasanya di waktu petang begini keluargaku mesti sudah riuh rendah menikmati minuman petang yang disediakan oleh ibu aku tetapi sebaliknya berlaku pada petang ini. Kepulanganku tidak disambut seperti selalu. Kunci rumah hanya diletakkan di dalam peti surat. Aku terus ke bilik tidurku untuk mandi dan bersiap-siap sementara menunggu matahari tenggelam. Keluargaku pulang pada jam lapan malam selepas membantu persiapan untuk perkahwinan anak makcikku di Sabak Bernam. Tidak banyak yang dibicarakan pada malam itu kerana semunya keletihan. Sewaktu makan malam, ayahku bertanya kepadaku adakah aku ingin sebuah kereta untuk ke kolej. Memandangkan aku selalu jatuh motorsikal dan motorsikal aku pun selalu rosak, aku menjawab, "Boleh juga kalau ada yang nak belanja, Joe tak mampu untuk membeli kereta sendiri". Aku tidak mengharapkan apa-apa kerana ayahku adalah seorang yang suka bergurau. Keesokan harinya, keluargaku sekali lagi pergi ke Sabak Bernam untuk membantu keluarga makcikku yang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan untuk anak sulungnya. Tetapi kali ini kami pulang awal kerana kata ibuku kami semua ingin ke pekan Sungai Besar untuk membeli barang-barang keperluan rumah. Sampai di Sungai Besar, ayahku memberhentikan kereta di kedai kereta terpakai. Aku mula terfikirkan semula kata-kata ayahku pada malam tadi. Jika benar sudah tentu kereta proton iswara di hadapan aku ini menjadi pilihanku. Berwarna hitam gelap, cermin tinted gelap, loward dan aksesori kereta menarik minat aku. Ayah aku terus penuju kepada pemilik kedai kereta berkenaan. Bertanya mengenai kereta yang telah dipilih dan pemilik kedai berkenaan menjawab kereta tersebut masih di kedai servis kenderaan untuk memastikan kereta tersebut baik ketika berada di tangan kami. Aku mula memikirkan kereta apakah yang ingin ayah aku belikan untuk aku.

-KERETA APAKAH YANG AYAH AKU INGIN BELIKAN UNTUK AKU??-



2 comments:

  1. cayalah bro..dpat kete baru..bapak belanja lak tue...

    ReplyDelete
  2. kalau aku dapat kete dari bapak aku.. besh gle.. tp tu bukan aku..

    ReplyDelete